![]() ![]() Ada ke yang boleh kongsikan mana-mana buku Agama Islam untuk tadika? Tengah mencari-cari lagi buku-buku yang sesuai untuk digunakan mengajar Agama Islam untuk peringkat tadika ni. Lain kali, saya kena cari lebih gambar2 dan alat bantuan mengajar yang lain rasanya. Ada yang diam sangat sampai nampak bosan dah tunggu saya menghabiskan cerita. Rupa-rupanya dia nak cakap nama dia pun ada nama Muhammad. Yang paling kelakar, ada yang sibuk sungguh cakap, "Saya tahu siapa Nabi Muhammad". Saya ada juga tunjuk beberapa gambar dan memang cerita pun saya ringkaskan supaya anak-anak tu tak bosan. Baru je cerita 2,3 ayat, dah ada yang tak boleh duduk di kerusi, ada yang sibuk minum dari botol air dan ada juga yang sibuk tanya macam-macam yang tak berkaitan dengan apa yang kita cerita. ![]() Mengajar anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun ni memang mencabar sebab daya tumpuan mereka sungguh singkat. Memang saya sendiri yang ajar pelajaran Agama sebab mereka pun dah biasa dengan saya. Sempena ceritaMaulidurrasul, saya ambil kesempatan utk berkongsi tentang Nabi Muhammad dengan anak-anak di tadika. Hari ni baru saya sempat nak kongsikan kisah pendek di Tadika Anak Aspirasi. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |